NAKHABAGSAT

BLOG INI MEMAPARKAN 360 DARJAH ISU-ISU LOKAL NEGERI PERLIS. TIDAK BERTUJUAN MEWUJUDKAN SEMANGAT KENEGERIAN YANG MELAMPAU, SEKADAR MEMBERI PERSPEKTIF YANG RENCAM DALAM MASYARAKAT YANG BERADA DALAM ZON SELESA.

KEBANYAKKAN PENULISAN MENGGUNAKAN BAHASA DAN LOGHAT UTARA DAN TIDAK DIGALAKKAN UNTUK TUJUAN FORMAL. YANG BAIK JADIKAN TELADAN, YANG JAHAT JADIKAN DIA KAWAN ( bagi nasihat atau boh penaboh, patah riuk kami tak tanggung! )

Segala pandangan yang diutarakan adalah suara peribadi pemilik blog semata-mata.

21 Oktober 2009

Bahan cemar tinggi dalam air paip di Perlis dan Kelantan




Okt 20, 09 11:28am

Kandungan bahan asing seperti klorin, bakteria E. coli, aluminium dan besi didapati tinggi dalam air terawat di Kelantan dan Perlis.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, ujian makmal yang dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng, Kota Bharu mendapati kandungan besi dalam air terawat di loji itu adalah sangat ketara iaitu melebihi 0.3 miligram per liter. Sebagai contoh, pada Februari 2009, sebanyak 20 kali sehari ujian yang dilakukan mendapati kandungan besi dalam air dirawat ialah antara 1.5 hingga 1.8 miligram per liter setiap hari.

Ujian yang dijalankan Kementerian Kesihatan terhadap kualiti air minum di Perlis pula menunjukkan terdapat 7.1 peratus klorin, 6.8 peratus E. coli dan 4.1 peratus aluminium di dalam air itu. "Kekerapan ujian di loji yang dijalankan hanyalah antara lima dan enam kali sehari tidak memadai bagi memastikan tahap kualiti air yang dibekalkan pada pengguna adalah selamat," kata laporan itu.

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis tidak membuat ujian di stesen pensampelan yang menyebabkan keputusan pensampelan hanya bergantung kepada ujian yang dijalankan pihak Jabatan Kesihatan.


Menurut laporan itu, bagi meningkatkan kualiti air minum yang dibekalkan, pihak terbabit disyor supaya menyegerakan perwartaan kawasan tadahan, muka sauk, medan telaga dan LRA sebagai kawasan larangan, selain menaiktaraf LRA.

Tindakan penambahbaikan dari segi kekerapan ujian dan membaiki stesen pensampelan yang rosak dengan segera, turut menjamin tahap kualiti air yang dibekalkan.

-BERNAMA

NP- woi.. nak membunuh ka?

18 Oktober 2009

Giat MARA bantu baiki rumah warga emas

KANGAR – Rayuan sepasang warga emas untuk memohon bantuan bagi membaiki rumah akhirnya mendapat perhatian beberapa pihak berwajib yang bersimpati dengan nasibnya.
Diberitakan mereka pernah memohon untuk mendapatkan rumah PPRT tetapi ditolak.

Yusri Che Lah Saman Kosmo!
RM1j