NAKHABAGSAT

BLOG INI MEMAPARKAN 360 DARJAH ISU-ISU LOKAL NEGERI PERLIS. TIDAK BERTUJUAN MEWUJUDKAN SEMANGAT KENEGERIAN YANG MELAMPAU, SEKADAR MEMBERI PERSPEKTIF YANG RENCAM DALAM MASYARAKAT YANG BERADA DALAM ZON SELESA.

KEBANYAKKAN PENULISAN MENGGUNAKAN BAHASA DAN LOGHAT UTARA DAN TIDAK DIGALAKKAN UNTUK TUJUAN FORMAL. YANG BAIK JADIKAN TELADAN, YANG JAHAT JADIKAN DIA KAWAN ( bagi nasihat atau boh penaboh, patah riuk kami tak tanggung! )

Segala pandangan yang diutarakan adalah suara peribadi pemilik blog semata-mata.

19 Mei 2009

1,000 ahli Parti Cap Keris Telanjang bahagian Kangar join PKR? DAP selamat tiba ke Perlis?

Petikan dari Malaysiakini
oleh:Abdul Rahim Sabri May 19, 09


TINDAKAN ahli-ahli Umno yang didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru. Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar. Malaysiakini difahamkan seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang pemimpin Umno bahagian tersebut yang tidak mahunya disebut, mengesahkan perkara itu berlaku tetapi berkata, tidak tahu apa puncanya.Beliau juga mengesahkan kumpulan tersebut bertindak keluar Umno selepas selepas Dr Md Isa dilantik menerajui Umno Perlis, menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 24 April lalu."Mereka buat (keluar) secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Ditanya sama ada bekas pemimpin Umno itu mempunyai masalah dengan Dr Md Isa, beliau berkata: "Saya tak tahu". Shahidan dilantik MT "Tetapi setahu saya, bekas pemimpin Umno berkenaan, turut menghadiri perhimpunan agung Umno hujung Mac lalu," tambahnya.




Politik fatamorgana...


Waktu tip-top..bau busukpun macam bau wangian syurgawi..
Waktu dah jatuh saham...pakat-pakat dok tunjuk kebodohan kat diri sendiri
dan membusukkan alam !

Ia, tambahnya, diikuti pula dengan penubuhan bahagian DAP di ketiga-tiga bahagian - Padang Besar, Kangar dan Arau - yang dirasmikan dua minggu yang lalu.

Kemelut politik Umno di Perlis tercetus selepas pilihanraya umum 2008 apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai menteri besar. Shahidan juga enggan melepaskan jawatan pengerusi Umno negeri kepada Dr Md Isa.Bagaimanapun bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan pengerusi Umno negeri-negeri.Najib yang juga presiden Umno melantik Dr Isa Sabu mengetuai Umno Perlis. Jawatan kosongDatuk Zahidi Zainul Abidin yang juga ketua Umno Padang Besar, dikekalkan sebagai timbalan pengerusi Umno negeri. Manakala Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, pula dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mengenai badan perhubungan Umno negeri, setakat ini, Dr Md Isa belum lagi mengisi kekosongan bagi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangannya. Sebelum ini, Datuk Hashim Suboh yang merupakan penyokong kuat Shahidan memegang jawatan ketua penerangan Umno negeri."Kalau dulu ada juga orang lobi-melobi jawatan tersebut, tapi sekarang orang macam tak peduli," kata seorang pemimpin Umno negeri itu. "Sampai sekarang orang tertanya-tanya (siapa yang akan mengisi jawatan itu)," tambahnya. Perlis mempunyai tiga bahagian meliputi 330 cawangan dengan sejumlah kira-kira 54,000 ahli.


Che' Mat nak kata sikit....
  • KECHIWA ? Ohh..tidakkk. Pandai la depa. Tengok kapai dah koi nak tenggelam depa tuang la masuk kapai baru. Satu saja dok peringat. Nanti bila dok dalam kapai baru jangan dok buat honaq sudah.

  • Kepada PAS dan NGO Islam... kerja hangpa koi bertambah... Jalankan usaha dan kerja-kerja dakwah kat member lama yang baru sampai kat Perglih ni.

Takbirrr!!!

17 Mei 2009



TAHAP KAMPUNG LAGI...

MUSIM Harumanis mai lagi. Dengar cerita sekilo sampai RM8 depa juai. Di Bukit Bintang nu ramai dok pi borong. Tang Santanpun depa kata ada centre jugak. Ada juga kat kampung-kampung yang mengusahakan pokok ni serata Perglih. Pelam Harumanis makin terkenai dan dah jadi trademark kat tempat kita ni. Harumanis makan ngan puluit..wuii..apa nak kata!


Rasa-rasanya fenomena Harumanis dah berjaya mengglamerkan negeri ni lebih 10 tahun dah. Kalau kita pi kat luaq orang selalu sebut dan tanya pasal ni walaupun kekadang bukan musim dia. Nampaknya anugerah yang Allah SWT bagi kat orang Perglih ada banyak potensi yang boleh dikembangkan dan buleh jadi kerja daripada buah tu. Contohnya kena banyakkan produk sampingan, tingkatkan prasarana dan juga kena kemaskan promosi. Ladang baru kena bukak lagi. R&D mesti ada. Banyak manafaat ni sebenarnya kalau dibuat kajian dengan kemahuan yang bersungguh-sungguh terutama dari pihak kerajaan la. Kalau masyarakat nak join lagi baguih. Keghajaan kena bantu!

Cuma ada benda yang aku rasa tak berapa best bab depa yang dok meniaga mempelam ni. Bagi aku tak kisah la kalau masing-masing nak cari rezeki lebih musim ni. Tapi kalau meniaga cari untung sampai tak pikiaq hal keselamatan diri sendiri ataupun oghang lain, bab ni dah kira menzalimi diri sendiri ni. Aku tak mau sebut soal penguatkuasaan dari orang yang ada "kuasa". Tapi sikap ni sebenarnya menunjukkan kita ni memang tahap kampung punya. Serba ceroi. Tak dak peraturan. Hampeh.



...Selamba ja buat khemah terpan. Apa ingat jalan ni nat simpang 4 ka?



Macam biasala. Tunggu la kot-kot ditakdirkan jadi eksiden disebabkan premis-premis tepi jalan ni.. barulah depa yang ada "kuasa" tu kelam kelibut nak buat itu dan ini !
Selalunya perubahan dan perancangan pembangunan kita memerlukan korban nyawa sapa-sapa sebagai asbabnya!