NAKHABAGSAT

BLOG INI MEMAPARKAN 360 DARJAH ISU-ISU LOKAL NEGERI PERLIS. TIDAK BERTUJUAN MEWUJUDKAN SEMANGAT KENEGERIAN YANG MELAMPAU, SEKADAR MEMBERI PERSPEKTIF YANG RENCAM DALAM MASYARAKAT YANG BERADA DALAM ZON SELESA.

KEBANYAKKAN PENULISAN MENGGUNAKAN BAHASA DAN LOGHAT UTARA DAN TIDAK DIGALAKKAN UNTUK TUJUAN FORMAL. YANG BAIK JADIKAN TELADAN, YANG JAHAT JADIKAN DIA KAWAN ( bagi nasihat atau boh penaboh, patah riuk kami tak tanggung! )

Segala pandangan yang diutarakan adalah suara peribadi pemilik blog semata-mata.

18 Disember 2009


Salam 1431 Hijrah

Hijrahlah kita sebelum kita dihijrahkan...ke alam lain!
Khamis Disember 17, 2009


5 Pelatih Larikan Diri

KANGAR: Lima pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bukit Chabang dekat sini melarikan diri dari pusat itu awal hari ini.
Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kejadian disedari berlaku pukul 5.30 pagi ketika rondaan dari bilik ke bilik dilakukan oleh kakitangan pusat itu.
Katanya, semasa rondaan itu, kakitangan Puspen mendapati mereka yang ditempatkan dalam satu bilik itu telah tiada.Siasatan kemudiannya mendapati pagar halangan berhampiran bilik itu telah dipotong untuk membolehkan mereka melarikan diri.
Gerakan mengesan mereka dilakukan polis sebaik menerima laporan kes itu manakala kakitangan Puspen dan penduduk tempatan turut membantu.Beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya melaporkan kepada polis.
- BERNAMA


NP: Tengok upgraded kawasan cam dah kebai...haiih... kecemas pulak kawan2 dok belah tu!

23 November 2009

Ahad November 22, 2009


Kedai Pajak Gadai Hilang Barangan Kemas RM7 Juta

KANGAR: Sebuah kedai pajak gadai Islam di Taman Sena Indah dekat sini kehilangan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM7 juta serta wang tunai sebanyak RM68,000 akibat dimasuki pencuri. Ketua Polis Daerah Kangar Pemangku Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku antara tengah malam tadi dan awal hari ini.

Katanya, pencuri memasuki premis itu melalui pintu belakang yang diumpil dan melarikan barangan kemas dan wang tunai itu. Beliau berkata, polis menerima laporan kejadian itu pukul 12.30 tengah hari daripada kakitangan kedai itu.Menurutnya, setakat ini polis belum mengenalpasti suspek dalam kejadian itu namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan dilakukan. Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh pencuri secara berkumpulan dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
- BERNAMA

NP: Curi lagi...Depa kata dok perglih ni rilek..idup aman damai sejahtera. Mungkin orang luaq yang buat perangai. Kira sakan jugak la tahap perampokan di perlis semenjak dua menjak ni..

21 Oktober 2009

Bahan cemar tinggi dalam air paip di Perlis dan Kelantan




Okt 20, 09 11:28am

Kandungan bahan asing seperti klorin, bakteria E. coli, aluminium dan besi didapati tinggi dalam air terawat di Kelantan dan Perlis.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, ujian makmal yang dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng, Kota Bharu mendapati kandungan besi dalam air terawat di loji itu adalah sangat ketara iaitu melebihi 0.3 miligram per liter. Sebagai contoh, pada Februari 2009, sebanyak 20 kali sehari ujian yang dilakukan mendapati kandungan besi dalam air dirawat ialah antara 1.5 hingga 1.8 miligram per liter setiap hari.

Ujian yang dijalankan Kementerian Kesihatan terhadap kualiti air minum di Perlis pula menunjukkan terdapat 7.1 peratus klorin, 6.8 peratus E. coli dan 4.1 peratus aluminium di dalam air itu. "Kekerapan ujian di loji yang dijalankan hanyalah antara lima dan enam kali sehari tidak memadai bagi memastikan tahap kualiti air yang dibekalkan pada pengguna adalah selamat," kata laporan itu.

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis tidak membuat ujian di stesen pensampelan yang menyebabkan keputusan pensampelan hanya bergantung kepada ujian yang dijalankan pihak Jabatan Kesihatan.


Menurut laporan itu, bagi meningkatkan kualiti air minum yang dibekalkan, pihak terbabit disyor supaya menyegerakan perwartaan kawasan tadahan, muka sauk, medan telaga dan LRA sebagai kawasan larangan, selain menaiktaraf LRA.

Tindakan penambahbaikan dari segi kekerapan ujian dan membaiki stesen pensampelan yang rosak dengan segera, turut menjamin tahap kualiti air yang dibekalkan.

-BERNAMA

NP- woi.. nak membunuh ka?

18 Oktober 2009

Giat MARA bantu baiki rumah warga emas

KANGAR – Rayuan sepasang warga emas untuk memohon bantuan bagi membaiki rumah akhirnya mendapat perhatian beberapa pihak berwajib yang bersimpati dengan nasibnya.
Diberitakan mereka pernah memohon untuk mendapatkan rumah PPRT tetapi ditolak.

Yusri Che Lah Saman Kosmo!
RM1j

 

29 September 2009

Imam bukan Wahabi ditukar?


Sumber : M'kini -Sep 28, 09

Arahan pertukaran beberapa orang imam di Perlis baru-baru ini telah mencetuskan tanggapan mengenai kemungkinan wujudnya usaha untuk memperluaskan fahaman 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' yang pada masyarakat umum, dikenali sebagai Wahabi.

Walaupun negeri-negeri di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dalam pengamalan fekah masing-masing, tetapi Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, sebaliknya menggunapakai hujah yang terkuat daripada keempat-empat mazhab utama bagi mengeluarkan sesuatu hukum.

Perdebatan agama sentiasa tercetus di negeri itu ekoran terdapat fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan dalam fahaman 'Sunnah Perlis; antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah, tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh, manakala bacaan bismillah sebelum bacaan al-Fatihah dalam solat, dibaca secara perlahan, berbanding yang diamalkan dalam Mazhab Shafie.

Walaupun Perlis menerima 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' dalam undang-undang tubuh negeri itu, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan. Ia juga diterima sebagai tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, sehingga ini Malaysiakini difahamkan sebahagian besar atau 65 peratus daripada kira-kira 100 masjid di Perlis, tidak mengamalkan 'Sunnah Perlis' tersebut kerana mereka berpegang sepenuhnya kepada ajaran Mazhab Shafie.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa dua imam di sebuah masjid di Kangar itu - Masjid Al-A'la Behor Temak - yang tidak mengamalkan fahaman 'Sunnah Perlis' - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu.

Menurut sumber, fahaman 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' itu mula digiatkan kembali apabila Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi mufti Perlis.

Sumber itu juga mendakwa, mufti sekarang Dr Juanda Jaya, turut meneruskannya.

'Tidak beri alasan pertukaran'

Menurut sumber tersebut, dalam surat yang ditandangani pengarah JAIPs, Malik Hussin, itu juga tidak menyatakan sebab pertukaran itu dengan jelas, tetapi sebaliknya memberikan alasan ia merupakan penyelarasan dan penyusunan semula imam di Perlis.

"Sekarang mereka mula dengan Masjid Al-A'la Behor Temak dulu, nak tengok respons (masyarakat) dulu," katanya sambil menambah, dua lagi masjid di Kangar, Masjid Behor Empiang dan Masjid Jalan Guar Syed Alwi bakal menjadi sasaran seterusnya.

"Mereka sudah pergi dan maklumkan kepada masjid-masjid tersebut," kata sumber itu lagi.

Menurutnya, fahaman tersebut tidak pernah dikuatkuasakan sepanjang Datuk Alim Panglima Mat Jaya Hussin menjadi mufti selama 22 tahun di negeri itu sebelum ini.

Manakala Dr Mohd Asri pula hanya mengeluarkan "fatwa" supaya ajaran itu diikuti, tanpa mengambil tindakan menukarkan imam masjid.

Difahamkan, sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid di Behor Temak itu meletakkan jawatan pada 31 Ogos, walaupun hanya dua daripada mereka yang terbabit dalam pertukaran tersebut.

Penduduk hantar memo

Beberapa penduduk setempat juga membantah arahan pertukaran JAIPs dan telah menghantar surat rayuan bertarikh 14 September lalu dan memorandum bantahan yang ditandatangani kira-kira 200 penduduk. Ia diposkan kepada JAIPs Sabtu lalu.

Difahamkan juga, beberapa tokoh dalam majlis agama negeri itu dan NGO - Institut Sunnah Perlis - dikaitkan sebagai usaha menggiatkan pengembangan fahaman tersebut.

Di segi sejarahnya, aliran Wahabi diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 dan popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Di Malaysia, ia mula dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang dikenali sebagai gerakan Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada 1957.

Aliran itu dikembangkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah - tokoh pembaharuan Islam pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW - yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad dan menolak bid'ah dalam Islam.

CM : Esok lusa kes nih hangat la sat..tulat sejuk balik. Selagi polemik & emosi dimain...tang tu, tang tu la jugak.

24 September 2009



Salam Aidilfitri 1430H..
taqabbal Allahu minna wa minkum..

tambah lagi posa 6 hari = cam posa setahun.


10 September 2009

Rabu September 9, 2009


Dua lelaki larikan barang kemas RM20,000 dalam rompakan

KANGAR: Dua lelaki bertopeng dan bertopi keledar melarikan barang kemas bernilai kirakira RM20,000 dalam satu rompakan kedai emas di Persiaran Jubli Emas di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Yusof Mohd Diah berkata kejadian berlaku pada kirakira pukul 11.40 pagi apabila dua lelaki bertopeng itu menyerbu ke dalam kedai berkenaan dan terus memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan tukul.
Beliau berkata lelaki itu kemudiannya mengaut kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan barang kemas yang terdapat di kedai itu dalam tempoh sekitar tiga minit.
Katanya kedua perompak itu kemudiannya melarikan diri dengan dua motosikal yang diletakkan di hadapan premis itu, dan menurutnya semasa kejadian hanya pemilik kedai itu dan seorang pekerjanya berada dalam kedai itu.
Yusof berkata kedai emas itu didapati tidak mempunyai pengawal keselamatan mahupun kamera litar tertutup (CCTV). BERNAMA

NP- Kedai maih belah2 tu aku rasa byk kes dah dok jadi. keghajaan kena plan sesuatu la. Ada baik kalu tutup ja jalan tu..buat lorong pejalan kaki. Idea mcm petaling street KL tupun okey gak.
...tak posa kot kawaq ni, tapi nak raya!

30 Ogos 2009

Hapah niii..???

Betui2 low bajet aku rasa. Cara paling mudah nak tarik perhatian suruh orang bayaq cukai. Idea ni buleh pakai tapi aku ghasa dari segi grafik kenala professional sikit..takkan nak pakai imej koboi camni.
Tapi ya la..MPK tadak bajet nak buat idea gempak2 sakni kena caj mahai pulak. Asai nak tambah pendapatan, dok perabih tang iklan plak..sapa suruh??
Iklanpun ada banyak macam. Macam kat tiwi..iklan yang bodo kita dok kutuk tapi cara tak sedaq dapat publisiti p'cuma ja dari kita kat kawan2...
hangpa tengok tu..benda dok ejas jam tu..seketui besaq nalla dok adaaa..

Cuma skali lagi aku nak kata...ini imej bandarrr...jangan dok wat leceyyyy..

Idea dan Pembaharuan
Lokasi mungkin tak berapa nak kena sebab banyak sangat elemen dok ganggu nak tengok benda ni..tapi kira ok la..well done!
Benda ni lama dah aku nak ulaih (ulas), bukanla nak komen apa tapi sebab takdak sapa dok amik pusin, jadi aku rasa sesia la depa yang buat benda ni. Macam tadak sapa2 dok bagi perhatian. Aku respek juga kompeni ni yang berani design pintu gerbang ni. sebab idea ni fresh (tak penah aku nampak kat tempat lain) tak sama dengan gerbang2 tipikal yang kita kelih banyak kok jalan dalam perglih ni.

Mungkin konsep dia ada kaitan dengan jerami padi ka..atau berserabutnya politik perglih..itu aku main agak ja. Tambahan pulak benda ni bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Raja kita. Makasih juga pihak atasan yang luluih benda ni sampai berjaya terpacak tang ni. Setidak2nya lepaih ni ada lagi ada idea2 gila bagi mengatasi idea2 basi dan bodo yang muncui di negeri kita secara visual.

Stadium Kebangsaan Beijing..sarang burung!

Jenuh jugak nak pasang..nak menten..

Tapi macam aku dok habag la..maintanence..berapa lama nak tahan. Jangan dok wat leceyy..benda alah ni dok tengah pekan, imej bandar kita.

.....apppa tak kata

23 Ogos 2009

Salam Ramadhan 1430h.

Selamatlah untuk semua yang taat perintah Allah swt. Yang dok buat lebih kurang dan tak hormat pada makhluk sekeliling hangpa bulan posa ni, jangan dok ingat Tuhan tak nampak atau hangpa dok rasa bleh kaw tim dgn malaikat. Ingat, kat padang mahsyar semua orang sibuk dengan diri memasing, member baikpun tak bleh dok tolong cover.

..kalau dok rasa posa ka tak posa ka sama ja..atau tensyennya dengan bulan posa ni..elok tepuk dada & check la iman. Kalau dah tahap tu mungkin iman dah peringkat mangkuk jamban!
Bulan ni semua orang sama. Bleh rasa macamana hidup depa yang susah. Hang kaya tara manapun, sampai mahgrib la nanti baru bleh mentekedarah. Apapun toksah membadiaq (bazir). Kalau dak, serupa hanpa tak posa la jgk. Baik banyakkan sedekah. Tolong orang susah yang cantiknya kat adik beradik kediri (sendiri). Orang yang keliling kita. Ha..barulah keluarga bahagia, masyarakat sejahtera dan gelakpun sampai ke telinga.

Aku cuma peringat diri aku ja.

Selamat berposa zahir dan batin.

08 Jun 2009

MASALAH MANUSIA, MENATANG DAPAT NAMA.

Hangpa hari2 mesti nampak benda ni kalau dok pi Kangag. Nak kata gajah dia bukan menatang. Tapi konsep binaan dan tempat letak dia memang dah seakan dah. Benda ni dah lama dok tang ni. Berbelas tahun dulu masa depa buat benda ni aku tak berapa paham apa sangat fungsi dia. Nak kata perlu sangat2pun tak nampak apa rasional dia.

Dan bila sampai ke hari ni benda ni masih dok macam tu dan mula menyakitkan mata apa lagi mengundang persoalan ramai oghang, tambahan pula benda ni dok kat Pusat Bandar Kangaq – 0km.. waa ni dah kira landmark yang paling bangang yang pernah aku tengok kat Malaysia ni. Kat Perglih dan Kangaq-tempat aku pulak tu.

Aku cuba nak pikiaq secara positif rasional apa tujuan benda ni dibina. Tapi gagal nak faham.
Mungkin nak buat tempat pasang banner, boh lampu lip-lap, nak tanam pokok hiasan tertinggi ka atau apa..


Selalunya yang aku dengaq semua ni projek politik. Bila politik cam kulit tempurung, jadi hasilpun macam hampeh. Town Planning? Buat plan tempat lain la.

Cuma yang aku paham di Perglih ni, banyak prasarana yang dibuat jenih takdak idea dan identiti sendiri. Main tiru tempat lain pastu gedebuak! buat setongkoi kat tempat kita. Kalau buat hebat sikit tak tahan lama, maintenance hancoq gila. Bab kebersihan toksah cakap la. Aku ingat pekan koboi lagi bersih dari Bandar “SUNNAH” ni.

...banyak lagi benda mengarut aku nak tunjuk kat hangpa lepaih ni, walaupun hangpapun tau tapi buat bodo ja!

01 Jun 2009

Politik Perlis :
TERUSKAN MENONTON.


Politik Perglih bergolak tik habih lagi. Kalau kat negeri laen kerajaan yang dok merintah dok kena kucai dengan pembangkang dengan segala macam isu. Hat Perglih ni lain sikit. Bergaduh dalam satu kapai. Masing2 dok pelecey sapa yang lebih terer bawak kapai. Dalam satu kapai ada dua ketuloi. Satu yang sah ada sijil halal yang satu lagi yang dah expireddah tu nak pi renew pejabat dah katup. Di belakang ketuloi2 ni masing2 ada tukang backup. Hari ni kawan ni kata lagu tu..esuk kawan tu plak kata lagu ni. Macam budak-budak berkelahi. Berkelahi sama-sama depa la. Tapi cerita takat la mak pak dua2 belah pihak tak mau/tak berani masuk campoq. Takut dan tak mau jadi ceghita laen bila tengok kes budak-budak gaduh “kampong sebelah”.
Cerita politik ni kadang2 buat kita ghimaih dan lemaih atas darat. Kalau sehari dua pastu selesai takpa jugak…ni dah masuk setahun lebih. Kita yang meniaga ni tak kisah sebenagnya sapa ketuloi tapi kalu sampai menjejaskan imej tempat kita caghi makan..kena pulak pi tempat oghang, oghang dok pelecey tempat kita..hangin jugak.
Oghang politik masing2 ada kepentingan. Pasaipa depa join politik? Kalau join belah pemerintah yang ada kuasa nampak la apa halatuju dia. Gena pulak yang dok belah pembangkang? Kalu sekali pikiaq memang kerja buang karan. Tapi mesti ada sebab. Sebab yang mudah ialah prinsip perjuangan yang diyakini halatuju dan kebenarannya. Baghulah timbuinya perjuangan. Perjuangan perlu kepada pengorbanan dan takleh dapat apa yang kita mau tu dengan mudah.
Ceghita politik di Perglih bertambah meriah bila pembangkangpun nak test market. Ya la kapai nak tenggelam... Sapa yang ada pelampung baguih boleh mai selamat. Masing2 cari hala nak keluaq kapai nak pi kapai mana. Kalau teghuih dalam kapai lama silap2 tenggelam ruyup macam tu ja. Hilang jadi tukun tiruan. Makalu lompat..mana tau kalau ada rezeki boleh dok tempat selesa dalam kapai baghu. Masa tu sama ada nak letak tepi sat atau study balik prinsip perjuangan apa yang dok pegang sebelum ni.


DS Anwar ketika melawat Perlis untuk menerima keahlian baru lebih 600 mantan UMNO ke dalam PKR


Dato' Hashim Suboh : Dilemma dengan halatuju politik UMNO dan tawaran menarik dari pembangkang.


Kapai yang nak tenggelam ni walaupun dah lebih 50 tain, segala nakhoda dan tekong, anak-anak kapai sebenagnya tak mau belajaq dan tak mau pikiaq. Selama ni dok senang lenang dalam kapai, nakhoda kata apapun..ikut saja. Nak pi bantah silap2 kena hawin keluaq kapai.. dahhh jadi susah. Tak ghamai orang yang sanggup susah. Pastu selalunya orang ingat pemimpin buat semua betui. Depakan orang pandai…keliling depa ramai tukang yang dok tolong pikiaq. Tapi jaghang orang pikiaq yang depa tupun menesia jugak macam kita ada macam2 kelemahan. Dalam bahasa penjajah ada mengatakan -” Nobody perfect!”
Perglih ni macam pokok kecik masa ribut topan hari tu (8Mac09). Pokok ni ntik tumbang sebab dok hujung kampong. Tupun ada jugak ranting yang patah. Ditakdirkan kalau banyak ranting campoq dengan dain2 luruh, jatuh dan patah..lama-lama terbungkaih juga pokok ni. Tapi la nampaknya pokok ni tengah kena makan anai2. Nak semboq racun takut mati pulak anai2 lain yang tak berdosa. Nak tunggu backhoe atau buldozzer mai tolak..hmm..tak tau bila.

Pendekkan ceghita. Jangan sampai kami cemuih. Jangan ingat rakyat tak reti nak HAWIN kerusi hangpa !

- Teringat kata member - "Aku kalu BN merintah aku sokong PAS, Esok – esok kalu PAS merintah aku sokong BN pulakkk. – Hidup mesti membangkang !"

26 Mei 2009

..dan pencapaian diutamakan !
Sori pasai posting ni keluaq tajuk sikit. Saja nak berkongsi gambag ni, dan ghasanya kejadian yang penuh tragis lagi selamba ni tak berlaku di mana2 premis berkaitan di Perglih. Kalu betoi berlaku kat Perglih...aku ucapkan : HIDUP MELAYU! HIDUP TUAN ! MELAYU IDUP!! MARRRDEKAA!!!

24 Mei 2009


Tasik Melati -Patutnya dah lama maju!

Hangpa besa pi Tasik Melati ? Seploh kilo dari Kangag ke Jalan Santan. Tempat ni unik sikit. Sebabnya tasik ni terletak dalam kawasan kampung. Asainya kawasan paya ja..bila dibangunkan jadi la yang kita nampak hari ni. Aku rasa tasik yang macam ni tak banyak dalam dunia ni. Ayaqnya yang jerneh dan pulau-pulau yang ada di tengah tasik tu nampak klasik semacam ja. Trademark tasik ni adalah titi dia. Dulu pakai titi kayu ja..bila reput depa ganti dengan konkrit balut ngan cement fero. Nak bagi nampak macam kayu jugak. Maklumla masa tu kaedah ni popular habih! Mai yang kendian-kendian ni banyak fasiliti baru yang lebih moden.

Tempat ni bagi aku memang cantik dan potensinya cukup besaq sebagai ikon pelancongan Perglih bebanding tempat len. Pihak berkuasa sepatutnya ada idea besaq untuk majukan tempat ni dan sekitaq tasik ni.

Berberapa perkara dan aktiviti ori yang menguatkan karakter tempat ni melalui pemerhatian aku.

1. Background Bukit Chuping ( la ni kilang simen,
bukit ni dah gondoi..jadi background.. )

2. Kebun-kebun Sirih

3. Ayaq tasik tak penah kering

4. Aktiviti buat atap rembia

5. Tangkap ikan laga

6. Belah petang berkawan-kawan bangau putih
melintas atas kepala balik ke tasik

7. Kera and lutong dok buat hingaq ataih pokok rembia

8. Ulaq sawa melintaih perkara besa.

9. Selain dari kampung, bendang padi & tembakau
dok keliling tasik ni

10. Lintah jarum and lintah kerbau area ni boleh tahan gak..

11. dan lain-lain..

Apa yang dibangunkan hari ni okla..standard macam tempat lain. Macam tempat laen..orang ada bot kayuh, kitapun ada..orang ada gerai laksa ngan aih kacang, disinipun ada juga, orang ada wakaf dan bangku terpencil untuk berdua-duaan, disinipun apa kurang. Ya la bila dah dibangunkan untuk masyarakat, macam-macam la cara depa guna sama ada ke arah yang positif, apa lagi yang negatif. Memanafaatkan untuk apa yang menguntungkan bagi depa.

Aku ghasa ada berberapa perkara yang pihak berkosa dan masyarakat setempat kena amik perhatian sikit. Benda2 ni boleh bagi impak pelancongan dan mesti ada usaha untuk mengatasi untuk jangkamasa panjang. Contohnya la..


Selekoh maut depan masjid Padang Lati.
Besi pengadang ( apanama ntah ) tu baru pasang ja.
Takut sapa-sapa terbabas nanti masuk rumah oghang

Sampah di Lorong Air - Satu2nya jalan shortcut
dari jalan Bukit Keteri ke jalan Santan dan sebaliknya
untuk ke 2 belah tasik, baru dan lama.
Hangpa kenai sapa yang dok buang sampah tang ni ?
Agak-agak apa dia rasa kalau orang buang sampah
depan pagaq ghumah dia ?


Bangku tempat jin dok berdating. Terpencil lagi mengarut.

Tandas awam. Terbiaq dan "menguntungkan" sesetengah pihak.

Bukit Chuping. Kerap-kerap la mai sini nak tengok saki-baki bukit yang pernah jadi lagenda ni.

...Macam biasa. Merekapun memanafaatkan.

19 Mei 2009

1,000 ahli Parti Cap Keris Telanjang bahagian Kangar join PKR? DAP selamat tiba ke Perlis?

Petikan dari Malaysiakini
oleh:Abdul Rahim Sabri May 19, 09


TINDAKAN ahli-ahli Umno yang didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru. Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar. Malaysiakini difahamkan seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang pemimpin Umno bahagian tersebut yang tidak mahunya disebut, mengesahkan perkara itu berlaku tetapi berkata, tidak tahu apa puncanya.Beliau juga mengesahkan kumpulan tersebut bertindak keluar Umno selepas selepas Dr Md Isa dilantik menerajui Umno Perlis, menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 24 April lalu."Mereka buat (keluar) secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Ditanya sama ada bekas pemimpin Umno itu mempunyai masalah dengan Dr Md Isa, beliau berkata: "Saya tak tahu". Shahidan dilantik MT "Tetapi setahu saya, bekas pemimpin Umno berkenaan, turut menghadiri perhimpunan agung Umno hujung Mac lalu," tambahnya.




Politik fatamorgana...


Waktu tip-top..bau busukpun macam bau wangian syurgawi..
Waktu dah jatuh saham...pakat-pakat dok tunjuk kebodohan kat diri sendiri
dan membusukkan alam !

Ia, tambahnya, diikuti pula dengan penubuhan bahagian DAP di ketiga-tiga bahagian - Padang Besar, Kangar dan Arau - yang dirasmikan dua minggu yang lalu.

Kemelut politik Umno di Perlis tercetus selepas pilihanraya umum 2008 apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai menteri besar. Shahidan juga enggan melepaskan jawatan pengerusi Umno negeri kepada Dr Md Isa.Bagaimanapun bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan pengerusi Umno negeri-negeri.Najib yang juga presiden Umno melantik Dr Isa Sabu mengetuai Umno Perlis. Jawatan kosongDatuk Zahidi Zainul Abidin yang juga ketua Umno Padang Besar, dikekalkan sebagai timbalan pengerusi Umno negeri. Manakala Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, pula dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mengenai badan perhubungan Umno negeri, setakat ini, Dr Md Isa belum lagi mengisi kekosongan bagi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangannya. Sebelum ini, Datuk Hashim Suboh yang merupakan penyokong kuat Shahidan memegang jawatan ketua penerangan Umno negeri."Kalau dulu ada juga orang lobi-melobi jawatan tersebut, tapi sekarang orang macam tak peduli," kata seorang pemimpin Umno negeri itu. "Sampai sekarang orang tertanya-tanya (siapa yang akan mengisi jawatan itu)," tambahnya. Perlis mempunyai tiga bahagian meliputi 330 cawangan dengan sejumlah kira-kira 54,000 ahli.


Che' Mat nak kata sikit....
  • KECHIWA ? Ohh..tidakkk. Pandai la depa. Tengok kapai dah koi nak tenggelam depa tuang la masuk kapai baru. Satu saja dok peringat. Nanti bila dok dalam kapai baru jangan dok buat honaq sudah.

  • Kepada PAS dan NGO Islam... kerja hangpa koi bertambah... Jalankan usaha dan kerja-kerja dakwah kat member lama yang baru sampai kat Perglih ni.

Takbirrr!!!

17 Mei 2009



TAHAP KAMPUNG LAGI...

MUSIM Harumanis mai lagi. Dengar cerita sekilo sampai RM8 depa juai. Di Bukit Bintang nu ramai dok pi borong. Tang Santanpun depa kata ada centre jugak. Ada juga kat kampung-kampung yang mengusahakan pokok ni serata Perglih. Pelam Harumanis makin terkenai dan dah jadi trademark kat tempat kita ni. Harumanis makan ngan puluit..wuii..apa nak kata!


Rasa-rasanya fenomena Harumanis dah berjaya mengglamerkan negeri ni lebih 10 tahun dah. Kalau kita pi kat luaq orang selalu sebut dan tanya pasal ni walaupun kekadang bukan musim dia. Nampaknya anugerah yang Allah SWT bagi kat orang Perglih ada banyak potensi yang boleh dikembangkan dan buleh jadi kerja daripada buah tu. Contohnya kena banyakkan produk sampingan, tingkatkan prasarana dan juga kena kemaskan promosi. Ladang baru kena bukak lagi. R&D mesti ada. Banyak manafaat ni sebenarnya kalau dibuat kajian dengan kemahuan yang bersungguh-sungguh terutama dari pihak kerajaan la. Kalau masyarakat nak join lagi baguih. Keghajaan kena bantu!

Cuma ada benda yang aku rasa tak berapa best bab depa yang dok meniaga mempelam ni. Bagi aku tak kisah la kalau masing-masing nak cari rezeki lebih musim ni. Tapi kalau meniaga cari untung sampai tak pikiaq hal keselamatan diri sendiri ataupun oghang lain, bab ni dah kira menzalimi diri sendiri ni. Aku tak mau sebut soal penguatkuasaan dari orang yang ada "kuasa". Tapi sikap ni sebenarnya menunjukkan kita ni memang tahap kampung punya. Serba ceroi. Tak dak peraturan. Hampeh.



...Selamba ja buat khemah terpan. Apa ingat jalan ni nat simpang 4 ka?



Macam biasala. Tunggu la kot-kot ditakdirkan jadi eksiden disebabkan premis-premis tepi jalan ni.. barulah depa yang ada "kuasa" tu kelam kelibut nak buat itu dan ini !
Selalunya perubahan dan perancangan pembangunan kita memerlukan korban nyawa sapa-sapa sebagai asbabnya!

13 Mei 2009

buka meja

...salam...nat mana pagi ni?