NAKHABAGSAT

BLOG INI MEMAPARKAN 360 DARJAH ISU-ISU LOKAL NEGERI PERLIS. TIDAK BERTUJUAN MEWUJUDKAN SEMANGAT KENEGERIAN YANG MELAMPAU, SEKADAR MEMBERI PERSPEKTIF YANG RENCAM DALAM MASYARAKAT YANG BERADA DALAM ZON SELESA.

KEBANYAKKAN PENULISAN MENGGUNAKAN BAHASA DAN LOGHAT UTARA DAN TIDAK DIGALAKKAN UNTUK TUJUAN FORMAL. YANG BAIK JADIKAN TELADAN, YANG JAHAT JADIKAN DIA KAWAN ( bagi nasihat atau boh penaboh, patah riuk kami tak tanggung! )

Segala pandangan yang diutarakan adalah suara peribadi pemilik blog semata-mata.

23 November 2009

Ahad November 22, 2009


Kedai Pajak Gadai Hilang Barangan Kemas RM7 Juta

KANGAR: Sebuah kedai pajak gadai Islam di Taman Sena Indah dekat sini kehilangan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM7 juta serta wang tunai sebanyak RM68,000 akibat dimasuki pencuri. Ketua Polis Daerah Kangar Pemangku Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku antara tengah malam tadi dan awal hari ini.

Katanya, pencuri memasuki premis itu melalui pintu belakang yang diumpil dan melarikan barangan kemas dan wang tunai itu. Beliau berkata, polis menerima laporan kejadian itu pukul 12.30 tengah hari daripada kakitangan kedai itu.Menurutnya, setakat ini polis belum mengenalpasti suspek dalam kejadian itu namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan dilakukan. Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh pencuri secara berkumpulan dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
- BERNAMA

NP: Curi lagi...Depa kata dok perglih ni rilek..idup aman damai sejahtera. Mungkin orang luaq yang buat perangai. Kira sakan jugak la tahap perampokan di perlis semenjak dua menjak ni..